Friday, June 28, 2013

Unbundled business - untuk fokus dalam bisnes

"Awak kena fokus dalam berbisnes."
"Saya sudah fokus," balas si kawan.
"Kalau fokus, mengapa awak nie asyik melompat dari satu bisnes kepada bisnes lain?"
"Pasal saya fokus kepada bisnes. Apa sahaja peluang buat duit, saya sapu."
Geleng kepala.

Apa maksud fokus dalam berbisnes? Salah satu alat untuk memahami perkara ini ialah idea 'unbundled business'.

Tuesday, May 21, 2013

Kenali paten, dan masukkan dalam 'kotak' yang sesuai

Model bisnes amat penting. Apa yang berlaku ketika kita membina model dan melaksanakannya, ialah kita membina bongkah atau kotak-kotak kecil membina kejayaan bisnes kita. Atau belon-belon kecil yang akan membesarkan belon besar bisnes kita.

Trainer cabut lari

Saya berborak pagi ini dengan satu konsultan yang terkenal di tanah air. Mereka banyak projek. Projek dengan pelajar sekolah dan dewasa. Namun yang menariknya: mereka tiada trainer peserta dewasa.

Apakah model bisnes mereka?

Wednesday, May 15, 2013

BDS - Bisnes dengan Syukur


Berikut ialah kandungan program Bisnes dengan Syukur
  1. Senaraikan apa yang ada pada 9 blok BMC
  2. Senaraikan apa yang akan berlaku kalau ia tiada pada diri anda
  3. Apa yang akan berlaku kalau ia diperoleh oleh orang lain - secara teori dan praktikal (pengalaman, kes studi)
  4. The 4th Alternative - bagaimana dalam program, peserta akan berdiskusi dengan asas The 4th Alternative untuk membina bisnes dengan lebih menarik dan segar berteraskan kefahaman BDS.
Adakah anda berminat untuk melonjakkan bisnes anda dengan asas syukur? Boleh tinggalkan komen di bawah.

Bisnes dengan Syukur

Bagaimana bersyukur ketika berbisnes?

1. Tahu nikmat yang ada.
2. Tahu dari mana nikmat itu datang.

Syukur ialah pendekatan intuitif dan spiritual dalam menjalankan bisnes.

Wednesday, March 20, 2013

Kalau sikit, ia adalah untuk memberi

Biasanya saya ada caj tertentu untuk melaksanakna sesuatu training. Katakan RM 3000. Namun kalau sesuatu masa atau training saya kenakan pada caj yang lebih rendah, saya tukarkan ia kepada istilah 'CSR' atau memberi.

Ada beza istilah CSR atau memberi.
CSR biasanya dikaitkan dengan saya akan dapat sesuatu atau positioning ketika melaksanakannya.
Namun kalau memberi, ia khas kerana Tuhan. Kerana Allah.

Monday, February 4, 2013

Banyakkan berdoa menjaga hubungan baik ahli

Dalam sesuatu organisasi, ada ahli yang tangkas dengan kerja masing-masing. Namun ada yang tidak tangkas pada kerja yang lain.

Apa perlu dibuat? Di peringkat sunnatullah, latihan dan usaha dibuat. Kekadang diletakkan individu yang dianggap 'kurang kemahiran' pada tempat yang tidak tempat atau dilihat sebagai tidak strategik.

Namun bagi individu manapun dalam organisasi, perlu memohon kepada Tuhan untuk ditolong. Pertolongan ini sering dilihat pada aspek PIE tetapi sebenarnya Allah jua yang mampu menolong. Kalau Dia menolong, hati sesiapa sahaja boleh berubah. Ia akan membina laluan kepada mana-mana individu yang sesuai.

Apabila doa bertemu doa sahabat yang lain, ia akan memberi ruang lebih besar untuk peluang rezeki. Ini bukan mampu dibuat secara manusiawi sahaja. Ia membabitkan unsur spiritual yang bertembung hasilnya di alam realiti. Subhanallah.

A+ Itu Penting pada setiap masa

Unsur A+ itu amat penting dibentuk setiap masa oleh seorang usahawan. Kalau ada A+ yang dicalari, ia akan mengganggu rezeki yang akan sampai. Terutama aspek emosi dan spiritual. Jangan membenci seseorang dalam hidup. Siapa kita yang ingin membenci? Ia akan memakan diri.

Apabila 'benci' dan mengaku diri amat benar pada setiap masa, ia boleh menyebabkan usaha sinergi itu terhad. Peluang dapat direbut apabila kita mampu merasakan diri tidak 100% benar dan baik. Ini menjadi petanda unsur A+.

Yang pastinya, menjalin silaturahmi ini seawal di peringkat intra dan inter-organisasi. Tidak mungkin berbaik di luar organisasi kalau dalam organisasi pun sukar untuk menghargai individu yang ada.

Menuju hati cemerlang untuk terus berkembang

Saya bertemu dengan seorang usahawan. Beliau melaksanakan tugas pembinaan projek jutaan ringgit. Saya perhatikan beliau amat terbuka dan sedia bersinergi dengan pihak lain. Beliau mudah untuk menerima idea lain - dengan minda beliau yang kritikal. Silaturahmi amat dijaga. Kekadang saya segan dengan apa yang beliau laksanakan. Ketika saya makan, dicedoknya gula ke dalam minuman. Beliau amat menjaga hubungan dengan manusia. Saya tahu beliau tegas, tetapi dalam urusan kehidupan, beliau amat baik PR-nya. Ini sudah tentu menjadi asas rezeki beliau dimurahkan.

Saya bertemu seorang individu lain. Syarikat tidak sebesar mana. Namun sudah mula menunjukkan rahsia di sana sini. Benci sana sini. Saya cuba memahami apakah yang dibenci atau dirahsiakan sangat. Akhirnya saya nampak sesuatu. Rasakan diri membuat keputusan terbaik dan tidak bersedia menerima orang lain dalam bisnes secara senang. Saya bimbangkan gaya begini. Apa-apa sahaja yang berteraskan dosa dan permusuhan perlu dihindarkan.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, amat penting diberi perhatian ini. Jangan benci tidak berusul periksa. Ia akan memakan diri. Ia menjauhkan rezeki.

Thursday, January 31, 2013

Sumber penting menjadi Usahawan A+ - Key Resources

Dalam dunia biasa, key resources (KR) sering dikaitkan dengan sumber fizikal dan manusia. Sumber fizikal dikaitkan dengan wang dan infrastruktur untuk membina bisnes.

Namun sebenarnya, di sebalik nilai fizikal begitu, ia boleh diluaskan.


  1. Sumber fizikal: wang, infrastruktur, persekitaran
  2. Sumber intelektual: IP, idea, kemahiran di kalangan staf atau tenaga manusia
  3. Sumber emosi/ sosial: jaringan kenalan, kekuatan emosi dan pengalaman
  4. Sumber spiritual: kekuatan pergantungan kepada Tuhan
Sumber 3 & 4 di atas sering dianggap tidak jelas. Untuk menjadi Usahawan A, sumber 1,2 dan 3 sudah cukup. Untuk menjadi Usahawan A+, sumber 4 amat tinggi dan paling utama. Kekuatan pasrah dan doa amat penting untuk melonjakkan sumber fizikal, intelektual dan emosi/sosial.

Adakah sumber 3 dan 4 perlu diukur? Ia perlukan ukuran yang spesifik - berdasarkan ilmu khas.

Monday, January 28, 2013

Menguruskan database

Database amat penting. Dengan database, akan ada banyak info yang boleh kita peroleh. Jika diuruskan dengan baik, ia akan membawa nilai yang amat besar.

Kajian kes di pasaraya Target di US mendapati bahawa mereka memanfaatkan semua info belian dari pelanggan untuk merancang jenis iklan yang akan dihantar ke rumah.

Ketika saya ke Johor, saya bertemu dengan Tuan Samsi. Beliau bertugas di satu syarikat yang menguruskan jalan-jalan kampung di Johor. Kekuatan syarikat beliau? Ada 'surat beranak' jalan. Jadi beliau tahu manakah jalan yang sudah berusia lebih 5 tahun atau kurang 3 tahun untuk diberi 'makanan' oleh kerajaan. Syarikat lain sukar menandingi syarikat ini kerana mereka mempunyai info.

Jika anda ingin menjadi usahawan A+, jangan lupa database.

Thursday, January 3, 2013

Pivot or persevere

Dalam sesuatu perancangan, tidak semua perkara adalah tepat. Sebagai contoh, ketika saya mempromosikan satu program online, saya jangkakan ramai akan mendaftar kerana saya buat ia percuma. Online. Tidak perlu hadir.

Hari pertama tiada mendaftar selepas saya letakkan di Facebook.

Saya ubah deskripsi program. Saya menunggu apakah respon hari ini. Pagi Jumaat.