Monday, February 4, 2013

Menuju hati cemerlang untuk terus berkembang

Saya bertemu dengan seorang usahawan. Beliau melaksanakan tugas pembinaan projek jutaan ringgit. Saya perhatikan beliau amat terbuka dan sedia bersinergi dengan pihak lain. Beliau mudah untuk menerima idea lain - dengan minda beliau yang kritikal. Silaturahmi amat dijaga. Kekadang saya segan dengan apa yang beliau laksanakan. Ketika saya makan, dicedoknya gula ke dalam minuman. Beliau amat menjaga hubungan dengan manusia. Saya tahu beliau tegas, tetapi dalam urusan kehidupan, beliau amat baik PR-nya. Ini sudah tentu menjadi asas rezeki beliau dimurahkan.

Saya bertemu seorang individu lain. Syarikat tidak sebesar mana. Namun sudah mula menunjukkan rahsia di sana sini. Benci sana sini. Saya cuba memahami apakah yang dibenci atau dirahsiakan sangat. Akhirnya saya nampak sesuatu. Rasakan diri membuat keputusan terbaik dan tidak bersedia menerima orang lain dalam bisnes secara senang. Saya bimbangkan gaya begini. Apa-apa sahaja yang berteraskan dosa dan permusuhan perlu dihindarkan.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, amat penting diberi perhatian ini. Jangan benci tidak berusul periksa. Ia akan memakan diri. Ia menjauhkan rezeki.

No comments:

Post a Comment