Biasanya saya ada caj tertentu untuk melaksanakna sesuatu training. Katakan RM 3000. Namun kalau sesuatu masa atau training saya kenakan pada caj yang lebih rendah, saya tukarkan ia kepada istilah 'CSR' atau memberi.
Ada beza istilah CSR atau memberi.
CSR biasanya dikaitkan dengan saya akan dapat sesuatu atau positioning ketika melaksanakannya.
Namun kalau memberi, ia khas kerana Tuhan. Kerana Allah.
Dengan memberi, ia akan jadi lebih sejahtera. Tidak ada udang di sebalik mee sesama manusia. Saya beri, awak anak bayar berapa saya tidak kisah. Saya tidak dapat apa-apa pun tak pe.
Cuma memberi ini tidak semestinya konsisten kecuali kalau saya sudah berjanji. Kalau saya tidak berjanji apa-apa, lebih mudah dibayar dahulu kemudian saya akan tengok keperluan bagaimana wang yang diberikan mampu digunakan untuk tempat lain.
Merancang dengan harga rendah sebagai CSR atau sebagai freemium sebelum premium atau sebagai 'memberi' mempunyai kesan yang tersendiri. Emosi akan menjadi amat nyaman apabila memberi.
Berapakah dos memberi ? Saya masih mencari jawapan. Namun yang pasti memberi manfaat berlipat kali ganda ialah memberi kerana CSR atau freemium kepada premium tidak semestinya menjadi lantaran ia adalah usaha manusia. Dengan memberi, segalanya diuruskan oleh Yang Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment