Wednesday, May 15, 2013

Bisnes dengan Syukur

Bagaimana bersyukur ketika berbisnes?

1. Tahu nikmat yang ada.
2. Tahu dari mana nikmat itu datang.

Syukur ialah pendekatan intuitif dan spiritual dalam menjalankan bisnes.


Kalau perspektif fizikal, kita akan tengok apa yang patut kita dapat dari segi kewangan atau aset fizikal.
Kalau perspektif intelektual, kita tengok apa yang belum ada dan perlu kita dapat dari aspek ilmu, kemahiran dan strategi.
Kalau perspektif emosi/sosial, kita tenok apa yang belum ada aspek emosi, jaringan dan sokongan.

Aspek spiritual menggalakkan kita senaraikan apa yang ada dulu.

Sebagai contoh, dengan berpandukan Business Model Canvas, kita senaraikan apa yang anda sudah ada pada 9 blok tersebut. Wah! Banyak perkara yang boleh dibuat dengan apa yang anda sudah ada.

Mahu tahu ia berharga atau tidak? Kita boleh aplikasikan WRAP - satu kaedah membuat keputusan untuk apa yang ada dan tiada.

Sebagai contoh, cuba bayangkan kalau apa yang ada ini dipunyai oleh orang lain, apa mereka akan buat? Pasti banyak perkara yang boleh dilaksanakan.

Apabila kita bersyukur dengan apa yang ada, kita juga akan bersyukur dengan apa yang tiada dan apa akan jadi kalau ia ada atau tiada.

Sebagai contoh, anda tiada hutang dalam niaga. Apa jadi kalau anda berhutang dengan baik untuk membesarkan bisnes anda? Anda mungkin akan lebih tertekan.

Jika anda ada produk sekarang, apa akan jadi kalau orang lain dapat produk anda? Senaraikan pengalaman anda atau orang lain. Ia pasti akan menyebabkan kita amat bersyukur.

Syukur menjadikan kita proaktif. Ia akan menjadikan kita feedback dan feedforward. Kita akan berjaga-jaga dengan masa depan untuk dirancang untuk dimajukan dengan apa yang ada atau tiada. Syukur menjadikan kita lebih dekat dengan-Nya.

Menarik bukan apabila dapat berbisnes dengan sifat syukur, bukan keluh kesah?

No comments:

Post a Comment