Model bisnes amat penting. Apa yang berlaku ketika kita membina model dan melaksanakannya, ialah kita membina bongkah atau kotak-kotak kecil membina kejayaan bisnes kita. Atau belon-belon kecil yang akan membesarkan belon besar bisnes kita.
Contoh model bisnes konsultan EO
Ada 9 blok dalam model bisnes (BMC).
Saya ambil contoh Konsultan yang bertindak sebagai EO.
Ada kotak Content
Ada kotak Marketing
Ada kotak Event Management
3 kotak di atas ialah kotak kecil.
Kotak besarnya ialah kotak bisnes konsultan EO.
Banyak perkara perlu dibuat untuk menghasilkan Content dan Trainer yang baik.
Ia perlukan kepada usaha Marketing dan Event Management yang baik.
Mulakan dengan kecil. Dapatkan 5 atau 10 orang yang akan membaiki kandungan. Kerjasama dengan mana-mana badan untuk dapatkan kemahiran 'how'.
Jika 5 atau 10 orang ini mampu diasah dan dipasarkan dengan baik, ia akan membina satu entiti yang baik. Kotak Content akan membesar. Ia akan memberi kesan kepada kotak Marketing dan Event Management.
Nanti orang lain akan suka dengan kotak besar Konsultan EO. Ini disebabkan ia mampu untuk mencarikan pelbagai projek untuk trainer kecil atau besar. Menjaga bahagian marketing atau event management ialah tugas 'dakwah' juga. Ia akan menghasilkan kesan yang besar bukan sahaja dalam setting formal, malah dalam setting tidak formal juga.
No comments:
Post a Comment