Tuesday, May 21, 2013

Trainer cabut lari

Saya berborak pagi ini dengan satu konsultan yang terkenal di tanah air. Mereka banyak projek. Projek dengan pelajar sekolah dan dewasa. Namun yang menariknya: mereka tiada trainer peserta dewasa.

Apakah model bisnes mereka?
Latih dan cabut

Ia berlaku kepada penyanyi yang dilatih. Hebat dan cabut buat sendiri.
Ia berlaku kepada trainer. Hebat dan cabut lari.
Ia berlaku kepada penceramah. Hebat dan cabut lari.
Ia berlaku kepada penulis/ editor. Hebat dan cabut lari.

Ia seperti tidak berbaloi dari segi pulangan fizikal. Terhasil manusia yang hebat, tetapi tidak memberi pulangan kewangan. Pulangan pahala? Insha-allah ada.

Strategi 

Bagaimana mengendalikan kes begini? Salah satunya ialah jangan dilatih jadi trainer dalam sesuatu syarikat dengan belanja yang banyak.

Bina rakan strategik. Trainer atau penyanyi atau penceramah atau penulis memerlukan marketer dan syarikat yang menguruskan mereka. Kalau ada syarikat yang membuat marketing dan menguruskan program, trainer akan jadi seperti penyanyi. Ia beraksi ketika diperlukan. Tidak perlu pening kepala memikirkan pelbagai perkara. Namun kalau beliau ingin berbuat bisnes, ini tidak menjadi sesuatu yang menarik.

Selain itu, bina latihan untuk trainer mencapai standard yang diinginkan. Bina modul. Cara bercakap. Cara kembangkan bisnes dengan rakan strategik EO atau marketer. BMC. Didedahkan dengan pelbagai kemahiran sehingga mereka menjadi hebat membina modul. Modul yang hebat ialah yang ada kandungan dan dalam masa yang sama, ia ada kaedah yang baik dalam penyampaian.

Siapakah yang akan menyahut projek ini untuk menguruskan ustaz, penceramah, trainer, motivator dan coach? Ia peluang yang cerah.

No comments:

Post a Comment