Friday, June 28, 2013

Unbundled business - untuk fokus dalam bisnes

"Awak kena fokus dalam berbisnes."
"Saya sudah fokus," balas si kawan.
"Kalau fokus, mengapa awak nie asyik melompat dari satu bisnes kepada bisnes lain?"
"Pasal saya fokus kepada bisnes. Apa sahaja peluang buat duit, saya sapu."
Geleng kepala.

Apa maksud fokus dalam berbisnes? Salah satu alat untuk memahami perkara ini ialah idea 'unbundled business'.

Ada 3 bundle dalam bisnes:

  1. Customer Relation Management
  2. Product Innovation Business
  3. Infrastructure Management.
Dalam sesuatu bisnes, kekadang terkumpul 3 elemen ini dalam satu syarikat. Ia mewujudkan kekeliruan dalam berbisnes. Semangat untuk elemen 1 adalah amat berbeza dengan elemen dalam no 2. Di nombor satu, si ahli bisnes akan keluar dan senyum selalu. Pada item no 2, perlu serius memikirkan sesuatu idea dan banyak berfikir. Intelek akan digunakan secara optimum. Manakala pada bab 3, ia memerlukan sumber yang banyak. Pusingan modal perlu diambil kira berat.

Dalam dunia training, paling kurang ada elemen 1 atau 2.

Kalau menjual tudung dari pembekal, itu ialah elemen 1.

Kalau anda menghasilkan kuih atau pakaian sendiri, ia boleh menjadi elemen 1 atau 2. Kalau banyak sangat modal dan mesin yang perlu digunakan, ia menjadi no 3.

Jika seseorang melaksanakan bisnes dan tahu nature ini, ia memudahkan pembahagian kerja. Ia akan menjadikan kita fokus kepada apa yang sepatutnya disiapkan.

No comments:

Post a Comment