Wednesday, January 1, 2014

Bukan sekadar sale, tetapi marketing

Dalam sebuah bisnes, bukan sale yang patut dibimbang amat. Yang perlu diberi perhatian ialah marketing. Ia perlu berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jika ia berjalan dengan baik diasaskan oleh enjin marketing yang baik, ia akan melahirkan sale secara automatik. Inilah perkara yang perlu diberi perhatian.

Apa yang biasa berlaku ialah marketing berlaku pada masa tertentu sahaja. Apabila ada produk yang ingin dijual, 'aktiviti' marketing berlaku. Ini kurang tepat. Ini akan menyebabkan tim marketing menjadi letih. Tim marketing perlu melaksanakan perkara ini sepanjang masa:

  1. Kehadiran di online dirasai 24 jam
  2. Kehadiran di offline sentiasa berlaku
  3. Pelanggan lama akan rasa diingati
  4. Pelanggan lama akan menjadi 'referral engine'
  5. Produk mendapat kemajuran hasil cadangan dari marketer.
  6. Semua medium iklan dan promosi perlu berjalan dengan baik dan optimum
  7. Melaksanakan marketing dengan content pada niche atau customer segment yang ditargetkan setiap masa.
Jika ini berlaku, ia akan memudahkan urusan jualan selepas itu. Hingga kekadang tidak perlu disebut banyak, ada sahaja yang ingin join atau mendapatkan apa yang sedang dikongsikan.

Customer Development Model

Kaedah ini menitikberatkan customer untuk dibina dan didapatkan inputnya sekaligus akan menjadi pelanggan pada masa akan datang. Kaedah ini adalah kaedah 'organik' yang amat berjaya dalam bisnes. P&G juga mengamalkan perkara ini secar alangsung atau tidak langsung berdasarkan buku The Game Changer of Lafley & Charan.

No comments:

Post a Comment