Wednesday, November 28, 2012

Antara menjadi jutawan dan syurgawan

Ada ramai yang menjadikan target akhir ialah harta. Jadi jutawan.
Ada yang ingin membantu orang lain ketika sedikit atau banyak duit dalam akaun. Ini ciri syurgawan. Perlu kaya, dan boleh jadi kaya - selepas itu mengambil keputusan untuk memberikan apa yang ada kepada orang lain.

Apa yang kita perlukan tidak banyak. Cukup RM 10K atau lebih sedikit. Kalau banyak rumah dan harta, ia akan ditinggalkan juga. Yang dibawa manfaatnya ialah harta yang diberikan.

Sebagai seorang usahawan, meletakkan dunia sebagai batu loncatan ke syurga amat baik. Kalau ingin terus duduk di atas batu, ia akan menyebabkan banyak 'zikir duit' yang akan berkumandang saban waktu.

Monday, November 19, 2012

Disiplin dan coaching

Sejak beberapa minggu ini, saya banyak melaksanakan sesi coaching. Ada yang bertanya - adakah saya memerlukan coaching.

Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin memastikan coaching difahami dengan betul. Ini disebabkan ramai yang menggelarkan diri coach tetapi tidak mengikut prosedur standard. Ini mungkin disebabkan si 'coach' tidak mengikuti teknik coaching yang sebenar. Salah satu perkara yang diperhatikan apabila bertemu coach ialah cuba perhatikan gaya cakapnya ketika sesi coaching (bukan semasa borak biasa).

Thursday, October 11, 2012

Bila ingin bina pelanggan ramai?

Dalam kaedah The Lean Startup, cari pelanggan yang ingin dibantu. Yang ingin diselesaikan masalahnya.

Cara begini akan menimbulkan satu pertanyaan: bukankah itu akan menyebabkan sikit pelanggan kita nanti.

Jawapan: Cari pelanggan yang ingin dibantu ialah proses customer validation. Kita ingin cari earlyvangelist - yang akan menggunakan produk kita awal. Apabila kita sudah pasti ada pelanggan awal yang cukup untuk memulakan projek bisnes, barulah diluaskan. Barulah dicari ramai lagi pelanggan. Ini fasa customer creation.

Kalau pelanggan belum sahkan atau validate apa yang kita laksanakan, jangan bina ramai-ramai. Khuatir nanti yang dikejar tak dapat dapat, yang dikendong berciciran.

Friday, September 7, 2012

Jangan tamak! Gunakan LTV

Kalau seorang peniaga ada 50 orang pelanggan tetap, ada 2 pilihan yang hadir dalam minda:

  1. Jual apa yang sesuai dan membantu si pelanggan
  2. Perah habis-habisan dari pelanggan itu agar kalau boleh duitnya semua diserahkan kepada si peniaga.
Manakah anda?

Mentaliti 1 ialah mentaliti usahawan A+. Mentaliti 2 ialah usahawan yang corot - namun sering berlaku kepada usahawan yang baru bermula atau kalau ekonomi tidak menentu.

Bagaimana untuk mengelakkan minda kita cepat dan mudah tamak ? Gunakan tool  yang dinamakan LTV.

Thursday, September 6, 2012

Melabur dalam ilmu untuk mengelakkan pembaziran

Saya selesai membaca The Lean Startup oleh Eric Ries. Beliau anak murid Steve Blank dari Stanford University yang mempopularkan idea Business Model dan ditulis oleh Alex dan Yves dalam bukunya Business Model Generation.

Kaedah The Lean Startup mementingkan kita berjimat dan tidak membazir ketika melancarkan produk baru. Berjimat itu tidak sampai kita kedekut. Tidak membazir itu berasaskan kepada pelaburan akan mendatangkan hasil kepada kita dalam jangka masa yang dirancang.

Saturday, August 25, 2012

Pentingnya ada bukti

Ketika melaksanakan usaha bisnes atau keusahawanan, perlu ada BUKTI untuk memastikan apa yang kita buat bukanlah atas dasar 'tekaan berilmu' sahaja tetapia ia reflek kepada bukti yang benar dan sesuai dengan realiti.

Sebagai contoh, ketika membuat pemasaran online, anda ada database pelanaggan atau rakan yang boleh bekerjasama dengan projek anda. Katakan anda ada 150 email. Bagi sesetengah orang, dia kata dia yakin dia akan mampu berbuat sesuatu projek kerana 150 email ini ialah individu yang berpengaruh dan boleh buat macam-macam. Ia bukan senarai email yang dipilih dan bersifat 'sampah'.

Tuesday, August 7, 2012

Antara PDM dan CDM

Ramai pemula bisnes suka memfokuskan kepada produk yang ingin dihasil dan dijual. Ini dinamakan Product Development Model. Namun sebenarnya mencari klien itu jauh lebih penting kecuali produk yang kita bawakan itu sudah semestinya ramai orang perlukan dan tiada pilihan kecuali hidup dan mati.

Sebagai seorang usahawan, Steve Blank berkongsi tentang model CDM. Kita akan sama-sama perhatikan dalam masa terdekat. Insha-Allah.

Apa isi kandungan utama Usahawan A+?

Banyak web dan rujukan untuk menjadi usahawan dan peniaga. Namun dalam Usahawan A+, saya akan berkongsi beberapa perkara utama:

  1. Framework utama ialah CASIC dan 7 Prinsip Berjaya.
  2. Elemen FOAMH (finance, operation, administration, marketing & human resource)
  3. Customer Development Model, Business Model Generation & Strategies for Success
Jika anda berminat untuk saya bahaskan topik tertentu, sila tinggalkan dalam bentuk komen di bawah.