Friday, September 7, 2012

Jangan tamak! Gunakan LTV

Kalau seorang peniaga ada 50 orang pelanggan tetap, ada 2 pilihan yang hadir dalam minda:

  1. Jual apa yang sesuai dan membantu si pelanggan
  2. Perah habis-habisan dari pelanggan itu agar kalau boleh duitnya semua diserahkan kepada si peniaga.
Manakah anda?

Mentaliti 1 ialah mentaliti usahawan A+. Mentaliti 2 ialah usahawan yang corot - namun sering berlaku kepada usahawan yang baru bermula atau kalau ekonomi tidak menentu.

Bagaimana untuk mengelakkan minda kita cepat dan mudah tamak ? Gunakan tool  yang dinamakan LTV.
Tool untuk mengelakkan tamak: LTV

LTV ialah Life Time Value. Katakan Ahmad ada 5 orang pelanggan tetap - sebagai earlyvangelist (menurut Steven Blank) atau early adopters (menurut Eric Ries). LTV ialah berapa wang yang akan diberikan oleh 5 pelanggan ini kepada poket Ahmad. 

Jika Ahmad mengambil pendekatan 2, beliau inginkan 5 orang ini menyerahkan segala duit mereka untuk membeli apa sahaja yang Ahmad ada - agar mudah kerja Ahmad. Siapa tidak mahu, mula bisnes beberapa hari dan dapat 5 orang pelanggan yang kekal sepanjang hayat. Bukan setakat itu, semua duit mereka akan diserahkan kepada kita!

Itu tamak namanya. Ia mustahil berlaku.

Mentaliti no 1 atau Usahawan A+ ialah : individu ini ada keinginan pelbagai tetapi saya akan berikan value proposition yang fokus. Saya tidak boleh menyapu semua duitnya.

Dengan mentaliti 1 ini, ia akan menyebabkan kita tidak melihat pelanggan lama kita sebagai lubuk duit dan kita ingin mengoreknya pada setiap masa tanpa ada asas. Kasihan kawan. Dia adalah pelanggan dan mungkin kawan kita. Kalau beliau boleh dibantu, kita bantu. Kalau tidak mampu, serahkan kepada orang lain.

Dengan mentaliti 1, kita letakkan had tertentu pada setiap produk yang kita ingin bawakan. Kalau sudah diambilnya, berikan customer relation yang baik agar beliau sudi recommed kita kepada orang lain atau beliau ingin membeli lagi. Kalau kita 'memaksa-maksa' beliau untuk terus membeli, ia akan menggusarkan si pembeli. 

Bila ingat LTV, ingat had yang mampu diberikan oleh setiap pelanggan. Seorang tidak mampu menjadikan anda jutawan, tetapi hasil kolektif yang ramai akan menyumbang kepada kejayaan bisnes anda. Banyakkan pelanggan dengan buah mulut dan kaedah marketing yang lain - tetapi jangan diperah habis-habisan kocek pelanggan lama kecuali ia memang atas kesudiannya.

Kalau ada yang berniaga dan terus ingin bergaya tanpa bajet dirancang, ucapkan selamat jalan. Banyak kedai ditutup kerana silap mula (tidak mengikut kaedah lean startup) atau silap proses mengendalikan bisnes. Amat jarang silap produk berlaku kalau sumber dan proses dirancang dengan model bisnes yang baik dan tepat.

No comments:

Post a Comment