Sebagai contoh, ketika membuat pemasaran online, anda ada database pelanaggan atau rakan yang boleh bekerjasama dengan projek anda. Katakan anda ada 150 email. Bagi sesetengah orang, dia kata dia yakin dia akan mampu berbuat sesuatu projek kerana 150 email ini ialah individu yang berpengaruh dan boleh buat macam-macam. Ia bukan senarai email yang dipilih dan bersifat 'sampah'.
Setelah ada idea apa yang ingin dibuat, maka Usahawan C ini pun mengirim email menjemput semua 150 email ini untuk hadir. Apa hasil hari pertama ? Hanya seorang sahaja yang buka email. Hari kedua ? Hanya 2 orang, itupun email Usahawan C sendiri. Usahawan C akan terus 'spam' dengan email dan membuat event page untuk menjemput orang untuk hadir.
Usahawan A tidak berdiam diri. Kalau masa sudah singkat untuk melaksanakan satu-satu program walaupun percuma, beliau akan bingkas belajar sesuatu. Mungkin:
- Kerana cuti perayaan, ramai kawannya tidak buka email
- Atau email itu masuk spam
- Atau ada mana-mana elemen dalam email yang menyebabkan ia tidak selesa dibuka dan diklik
Apa pun sebabnya, Usahawan A belajar sesuatu yang mudah: 'tiada orang yang buka email'. Usahawan D tidak tahu pun bagaimana untuk mengetahui email yang dihantar dibuka atau tidak. Usahawan B tetap kuat semangat tetapi teknik tidak berapa tepat. Mungkin ada yang ingin mendaftar, tetapi ia tidak cukup ramai.
Usahawan A akan bangkit. Kalau online tidak cukup responsif, beliau akan cuba kaedah lain:
- SMS - berbayar dan melibatkan masa pendek
- Telefon - berbayar dan melibatkan masa pendek
- Jumpa kawan - percuma tetapi ia melibatkan masa panjang
- Pergi program yang melibatkan ramai orang - makan masa dan perlu ada infrastruktur untuk mampu mengetahui bahawa ada pelanggan yang berminat
Usahawan A akan mengambil mana-mana langkah di atas. Tidak cukup online dan dalam bangunan. Usahawan A akan keluar dari bangunan atau menelefon 50 klien yang finalized, dan akan cuba untuk jumpa sekitar 10-20 orang untuk mendapatkan feedback untuk menentukan customer validation. Barulah selepas itu boleh dibuat sesuatu.
Usahawan A perlukan nilai intelek atau bukti untuk melihat dan membaca pergerakan dalam bisnes. Usahawan A+ akan sentiasa berdoa dan mengambil tindakan bijak dan bersifat praktikal. Usahawan lain mungkin mengeluh mengapalah tidak menjadi-jadi, atau kalau menjadi, ia dikaitkan dengan tuah di Hari Raya - sesuatu yang kurang asasnya.
No comments:
Post a Comment