Monday, November 19, 2012

Disiplin dan coaching

Sejak beberapa minggu ini, saya banyak melaksanakan sesi coaching. Ada yang bertanya - adakah saya memerlukan coaching.

Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin memastikan coaching difahami dengan betul. Ini disebabkan ramai yang menggelarkan diri coach tetapi tidak mengikut prosedur standard. Ini mungkin disebabkan si 'coach' tidak mengikuti teknik coaching yang sebenar. Salah satu perkara yang diperhatikan apabila bertemu coach ialah cuba perhatikan gaya cakapnya ketika sesi coaching (bukan semasa borak biasa).



Seorang coach percaya jawapan dalam diri klien dan beliau akan sentiasa bertanya soalan. Tidak memberi jawapan secara langsung.

Jika beliau memberi jawapan amat banyak, itu bukan coach. Itu mentor.

Apa beza mendapat seorang coach dan mentor? 

Coach akan memberi soalan. Kita jawab, kita buat. Kita akan membina keyakinan dan akhirnya tidak memerlukan sangat coach selepas beberapa masa.

Mentor akan memberi soalan dan jawapan. Banyak masa bahagian jawapan. Kita akan sentiasa mendengar mutiara hebat tetapi mungkin kita akan sentiasa memerlukan mentor tersebut sepanjang masa.

Isu Disiplin

Untuk menjadi seorang usahawan, ia memerlukan disiplin. Disiplin yang tinggi diperlukan.

Jika seseorang mengikuti ceramah atau motivasi, kesedaran timbul. Ilmu dapat.

Jika seseorang mengikuti latihan, kemahiran dapat.

Namun ia tidak semestinya menjadi. Betapa banyak sesi motivasi dan latihan yang dibuat, tetapi yang diaplikasikan bergantung kepada peserta yang hadir. Kalau beliau komited dan berdisiplin, apa yang dipelajari mampu dilaksanakan dalam dunia bisnes.

Namun coach akan memastikan disiplin diri untuk terus berjaya. Coach akan customize apa yang diperlukan oleh klien dan bersifat result oriented. Biasanya beliau akan bertemu setiap minggu atau 2 minggu. Ada juga coach yang bertemu sebulan sekali.

Kalau coach hanya bertemu sekali sahaja, kemungkinan beliau bukan coach. Kalau coach hanya beri jawapan, mungkin itu bukan coach. Kalau coach tidak menggunakan Timeline dalam gerak kerjanya, kemungkinan beliau bukan coach. Coach perlu mempunyai disiplin yang tertentu juga agar mampu membawa klien ke tahap kejayaan seterusnya.

Coach luar atau dalam?

Sememangnya coaching di Malaysia agak baru terutama dalam dunia SME.

Perlukah mencari coach luar? Kalau anda seorang yang berdisiplin, coach diri sendiri.

Kalau anda merasakan banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan efisien dan berdisiplin untuk mencapai kejayaan dalam bisnes atau urusan kehidupan, coach luar diperlukan.

No comments:

Post a Comment