Salah satu perkara besar yang menyebabkan manusia bimbang ialah rezeki. Sesuatu yang nampak di depan mata - pasti akan mengujakan apabila ia dapat. Kalau tidak, ia akan meresahkan.
Namun apa yang perlu diresahkan lebih utama? Hubungan dengan Allah.
Ada masalah!
Kalau manusia menganggap masalah dirinya dengan Allah adalah berkadar langsung dengan rezeki, pasti ramai tidak mahu untuk berbuat maksiat.
Kalau manusia menganggap keselamatannya berkadar langsung dengan hubungannya dengan as-Salaam, pasti ramai tidak mahu buat maksiat nanti tergolek di tengah jalan.
Allah Maha Penyayang
Tapi ramai yang mengambil enteng.
Astaghfirullah!
Tidak semestinya faham semua 99 nama Allah, tapi keimanan padaNya itu perlu mantap dan sahih. Tidak ada risiko untuk beriman kepadaNya. Hanya ada risiko kecil di dunia ini yang amat rendah di kecil Allah.
Ya Allah, ampunilah aku ya Allah. Asmaullah ul Husna nampak dipandang enteng. Aku perlu kuatkan keimanan kepada nama-namaMu yang positif ini Ya Allah.
No comments:
Post a Comment