Wednesday, November 26, 2014

Tiada formula mendapat, namun banyak formula memberi

Dalam al-Quran, tiada formula untuk mendapatkan projek secara langsung. Namun pahala untuk memberi ada. Salah satunya dalam ayat ini:

Ayat pertama
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (2:261) 



Dalam ayat lain, Allah menyatakan begini:

Ayat kedua
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (2:265)

Dalam ayat pertama, ia merujuk kepada 1 benih diganjari 700. Masih benih, tetapi benih sudah berkembang kerana ia ditanam di atas tanah, menumbuhkan pohon yang akan menghasilkan 7 tangkai. Setiap tangkai ada 100 benih.

Manakala dalam ayat kedua, Allah memberi perumpaan infaq seperti sebuah taman - hasilnya dua kali ganda.

Manakah yang lebih besar?
Ayat pertama belum ada hasil lagi, cuma ia berlipat kali ganda. Hasil yang berganda ada pada ayat kedua - kesan infaq atau pemberian yang tujuannya untuk mencari keredaaan Allah dan meneguhkan diri sendiri.

Panduan untuk usahawan
Banyakkan memberi kaedah 2, bukan sahaja kaedah 1 atau lebih teruk ialah tidak mahu memberi khuatir faqir atau jatuh bankrap dalam berniaga.

Apa yang penting kini ialah untuk merancang bagaimana mahu memberi dan menolong orang lain pada apa yang kita ada. Allah pasti akan memberikan ganjaran samada tahap 1 - benih atau tahap 2 - terus dapat hasil berlipat kali ganda.

Benih belum tentu akan berhasil, namun kebih sudah dijanjikan Tuhan dengan hasilnya.

No comments:

Post a Comment