Dalam kaedah The Lean Startup, cari pelanggan yang ingin dibantu. Yang ingin diselesaikan masalahnya.
Cara begini akan menimbulkan satu pertanyaan: bukankah itu akan menyebabkan sikit pelanggan kita nanti.
Jawapan: Cari pelanggan yang ingin dibantu ialah proses customer validation. Kita ingin cari earlyvangelist - yang akan menggunakan produk kita awal. Apabila kita sudah pasti ada pelanggan awal yang cukup untuk memulakan projek bisnes, barulah diluaskan. Barulah dicari ramai lagi pelanggan. Ini fasa customer creation.
Kalau pelanggan belum sahkan atau validate apa yang kita laksanakan, jangan bina ramai-ramai. Khuatir nanti yang dikejar tak dapat dapat, yang dikendong berciciran.
Thursday, October 11, 2012
Friday, September 7, 2012
Jangan tamak! Gunakan LTV
Kalau seorang peniaga ada 50 orang pelanggan tetap, ada 2 pilihan yang hadir dalam minda:
- Jual apa yang sesuai dan membantu si pelanggan
- Perah habis-habisan dari pelanggan itu agar kalau boleh duitnya semua diserahkan kepada si peniaga.
Manakah anda?
Mentaliti 1 ialah mentaliti usahawan A+. Mentaliti 2 ialah usahawan yang corot - namun sering berlaku kepada usahawan yang baru bermula atau kalau ekonomi tidak menentu.
Bagaimana untuk mengelakkan minda kita cepat dan mudah tamak ? Gunakan tool yang dinamakan LTV.
Bagaimana untuk mengelakkan minda kita cepat dan mudah tamak ? Gunakan tool yang dinamakan LTV.
Thursday, September 6, 2012
Melabur dalam ilmu untuk mengelakkan pembaziran
Saya selesai membaca The Lean Startup oleh Eric Ries. Beliau anak murid Steve Blank dari Stanford University yang mempopularkan idea Business Model dan ditulis oleh Alex dan Yves dalam bukunya Business Model Generation.
Kaedah The Lean Startup mementingkan kita berjimat dan tidak membazir ketika melancarkan produk baru. Berjimat itu tidak sampai kita kedekut. Tidak membazir itu berasaskan kepada pelaburan akan mendatangkan hasil kepada kita dalam jangka masa yang dirancang.

Saturday, August 25, 2012
Pentingnya ada bukti
Ketika melaksanakan usaha bisnes atau keusahawanan, perlu ada BUKTI untuk memastikan apa yang kita buat bukanlah atas dasar 'tekaan berilmu' sahaja tetapia ia reflek kepada bukti yang benar dan sesuai dengan realiti.
Sebagai contoh, ketika membuat pemasaran online, anda ada database pelanaggan atau rakan yang boleh bekerjasama dengan projek anda. Katakan anda ada 150 email. Bagi sesetengah orang, dia kata dia yakin dia akan mampu berbuat sesuatu projek kerana 150 email ini ialah individu yang berpengaruh dan boleh buat macam-macam. Ia bukan senarai email yang dipilih dan bersifat 'sampah'.

Tuesday, August 7, 2012
Antara PDM dan CDM
Ramai pemula bisnes suka memfokuskan kepada produk yang ingin dihasil dan dijual. Ini dinamakan Product Development Model. Namun sebenarnya mencari klien itu jauh lebih penting kecuali produk yang kita bawakan itu sudah semestinya ramai orang perlukan dan tiada pilihan kecuali hidup dan mati.
Sebagai seorang usahawan, Steve Blank berkongsi tentang model CDM. Kita akan sama-sama perhatikan dalam masa terdekat. Insha-Allah.
Sebagai seorang usahawan, Steve Blank berkongsi tentang model CDM. Kita akan sama-sama perhatikan dalam masa terdekat. Insha-Allah.
Apa isi kandungan utama Usahawan A+?
Banyak web dan rujukan untuk menjadi usahawan dan peniaga. Namun dalam Usahawan A+, saya akan berkongsi beberapa perkara utama:
- Framework utama ialah CASIC dan 7 Prinsip Berjaya.
- Elemen FOAMH (finance, operation, administration, marketing & human resource)
- Customer Development Model, Business Model Generation & Strategies for Success
Jika anda berminat untuk saya bahaskan topik tertentu, sila tinggalkan dalam bentuk komen di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)